Selasa, 14 Disember 2010

Buat Duit Dengan Blog

Ramai yang masih tidak percaya bahawa dengan blog, kita boleh mendapat pendapatan yang tinggi samada secara sampingan ataupun sepenuh masa. Jika anda hanya melihat dari skop pasaran Malaysia, memang agak sukar untuk anda percayai, namun jika kita menjenguk ke dunia luar, anda akan terpaku seketika kerana selain mempunyai blog sendiri, kini ramai pihak yang mencari penulis untuk mengemaskini blog mereka. Bermaksud, blogger juga adalah satu kerjaya di masa kini!

Namun, bukan itu yang ingin saya kongsikan di sini, tetapi apa yang akan disampaikan adalah, bagaimana kita boleh membuat duit dengan blog? Mudah sahaja, tetapi anda perlu mengetahui teknik yang betul. Di sini, saya membahagikan blog kepada dua jenis iaitu blog bisnes dan blog ‘niche’.

Blog bisnes adalah ditumpukan untuk tulisan mengenai bidang produk jualan anda sahaja dan tidak diletakkan dengan apa-apa link URL ke laman web yang lain. Ini adalah satu ‘pantang’ yang mesti anda pegang, jangan letak link ke mana-mana laman web lain terutama laman web yang sama bidang dengan produk jualan anda. Blog bisnes adalah untuk menunjukkan kepakaran anda bagi bidang produk yang dijual agar menambahkan lagi keyakinan bakal pembeli.

Blog ‘Niche’ pula adalah dibuat semata-mata untuk program tertentu seperti Google Adsense dan program affiliate. Walaupun untuk program, namun blog ini akan tetap perlu diuruskan dengan sebaiknya, dikemaskini setiap masa dan ada nilai tersendiri. Ini adalah amat penting kerana pokok pangkal membuat duit dengan blog adalah TRAFIK. Jika blog tidak terurus dan tiada perancangan rapi, maka bilangan pengunjung (trafik) tidak akan tinggi. Maka, pendapatan atau hasil untuk adsense dan affiliate adalah rendah atau sedikit.

Selain dua jenis blog di atas, jenis lain adalah blog peribadi. Blog ini biasanya diwujudkan bukanlah untuk menambah pendapatan, sebaliknya adalah tujuan personal dan catatan hidup harian, memberi pandangan hal semasa dan lain-lain lagi. Tetapi jika trafik atau pelawat ke blog jenis ini tinggi, maka apa salahnya meletakkan link affiliate untuk menambah pendapatan yang mana boleh digunakan untuk menampung kos server dan pengurusan blog. Jika anda sudah memiliki blog peribadi dan memang ramai pelawat, maka gunakan kesempatan dan peluang ini. Namun ingin saya nyatakan, blog peribadi ini sedikit kurang berkesan untuk membuat duit berbanding dengan dua jenis blog sebelum ini. Sebabnya, blog peribadi biasanya tidak ada tumpuan kerana soal perbincangan terlalu umum dan pelbagai, maka jenis pelawat yang datang biasanya adalah ‘un-targeted’.

Maka, dapat disimpulkan di sini, jika anda betul-betul ingin mendapatkan pendapatan dengan blog, pastikan melakukannya dengan cara yang betul dari peringkat awal lagi. Pastikan anda tahu apa itu blog, istilah asas yang berkaitan dengan blog dan bukan hanya tahu menulis sahaja. Kebanyakan mereka yang gagal dan berhenti separuh jalan adalah kerana tidak tahu teknik yang betul, tidak tahu perkara asas, selain tersalah jalan di peringkat permulaan dan hanya berbekal semangat dan keterujaan yang tinggi semata-mata.

Pastikan ada ilmu di dada, baru melakukan sesuatu, jika tidak, buat duit dengan blog hanya tinggal mimpi sahaja.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan